assalammualaikum..... salam sejahtera...
Dalam musim hujan yang sedang melanda negeri Sarawak tok.... pergerakan komuniti setempat agak terbatas, namun aktiviti harian untuk mencari rezeki... sik dapat nak ditinggal-tinggal... ujung kebulur anak bini dirumah.... hahaha.... mencarut petang-petang nie memang bagus untuk menghilangkan rasa mengantuk.
Teduh sudah gelombang di laut,
Awan bergerak di bawa angin,
Jaga-jaga kata di mulut,
Bara di hati dibakar lilin.
Sepoi-sepoi angin di timur,
Bayu pagi meniup embun,
Hidup ini perlu bersyukur,
Semoga rezeki datang bertimbun.
Jauh-jauh menyemai padi,
Tidak lalang tumbuh sebendang,
Hilang nyawa dipandang budi,
Budi hilang jasad tak dipandang.
Kembang mekar bunga keembung,
Teratai layu di tasik madu,
Hidup senang jangan menyombong,
Hitam hatimu sekeras batu.
Tok lah pantun hasil dari mata yang mengantok.... semoga kita sama-sama menjadi insan yang lebih baik dihari-hari yang akan datang......
di sitok kamek nak kongsikan sedikit gambar-gambar Pusat Internet 1 Malaysia Kpg Telag Air.
Pemandangan Bahagian Hadapan PI1M Telaga Air
Bahagian Dalam
PI1M Telaga Air
Bahagian Di Dalam
Bilik Latihan
|
Kad Keahlian PI1m Telaga Air |