2014-12-24

CERITA KAMPUNG TELAGA AIR

Diceritakan al-kisah kampung Telaga Air..... sebuah kampung yang mula diteroka pada tahun 1979, menurut salah seorang peneroka awal "Salleh Zakaria" asalnya nama Telaga Air tersebut adalah penemuan sebuah lopak air.... dan seterusnya dijadikan telaga oleh penduduk sekitar, tetapi yang menjadi kehairanan penduduk telaga tersebut tidak pernak kering airnya walaupun dalam musim kemarau....

         telaga tersebut juga adalah salah satu sumber bekalan air bagi tujuh kampung berdekatan, iaitu kampung Mersang, Teluk Simpor, Sibu Laut, Santin, Sungai Aur, Terombol Dan Lubak. Dan dari situlah lahirnya nama TELAGA AIR tersebut sehingga sekarang.




         Kampung Telaga Air ini terletak lebih kurang 40 km dari bandaraya Kuching. Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.

         Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau Setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adah salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.

         Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air ketika bazaria dibuka.




 KAWASAN TEBINGAN TELAGA AIR
 
 
 
 
 
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TELAGA AIR
 
 
 
 
MEDAN SELERA
 
 
 
 
PASAR BASAH

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Telaga Air, menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk komuniti setempat bagi memudahkan urusan-urusan tertentu dengan caj yang tertentu seperti berikut:



yuran keahlian  : RM5 (seumur hidup)

kemudahan pc/internet   : RM 2 /jam
                                        : RM 1 /jam  (ahli)

fotostat - bewarna           : RM1 (RM1.60 depan dan belakang)
             - hitam                :20 sen (30 sen depan dan belakang)

mencetak - bewarna        : RM 1
                - hitam             : 20 sen

laminate - saiz ic             :RM 1
               - saiz A4           :RM 2

pengimbas/ scan              : 20 sen (setiap muka)

menaip/ surat                   : RM 2


peraturan-peraturan Pusat Internet 1 Malaysia:

1.  Dilarang merokok dikawasan PI1M.
2.  Sebarang permainan/ game dan melayari web lucah adalah dilarang sama sekali.
3.  Dilarang memasang/ install sebarang perisian pada computer yang terdapat di PI1M.
4.  Sila senyap bila berada di dalam PI1M.
5.  Setiap aktiviti yang dijalankan oleh pihak PI1M, adalah tertakluk pada terma dan syarat.
6.  setiap latihan dan kelas bimbingan yang dianjurkan pihak PI1M seperti kelas ICT, INTEL     
     dan KEUSAHAWANAN perlulah dihadiri dalam tempoh yang ditetapkan untuk melayakkan
     anda menerima sijil penyertaan dan pengesahan dari pihak kami.
7.  Sila jaga kebersihan kawasan PI1M, susun semula alatan dan kerusi setelah digunakan.
8.  Sila bawa bersama kad keahlian anda semasa in gin menggunakan perkhidmatan PI1M.

* sebarang penambahan syarat tertakluk pada keadaan.

sekian terima kasih...
PI1M Kampung Telaga Air telah melalui proses UAT (user acceptance test) pada 27 November 2014 dan telah dibenarkan untuk mula beroperasi pada 28 November 2014. PI1M Telaga Air dikendalikan oleh:










Pengurus: Nur Adila Binti Latif
                 24 tahun
                 Ijazah Sarjana Muda Pembangunan Sumber Manusia (UNIMAS)
                 Kampung Telaga Air




Penolong Pengurus: Hirman Bin Kassim
                                 26 tahun
                                 Diploma Kejuruteraan Elektronik (Politeknik Kuching)
                                 Kampung Selang Laut



Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Telaga Air beroperasi:

Waktu operasi :        8.00    pagi  -  5.00   petang   (Isnin - Ahad)

Waktu rehat     :       1.00     tgh    -  2.00  petang   (Isnin - Ahad)
                        :       12.00   tgh    -  2.00  petang   (Jumaat)

Tutup:               :       pada cuti umum

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:

                                  Pengurus:     Nur Adila  > 011-14181744

                                  P.pengurus:  Hirman      > 017-8551104

2014-12-20

Assalammualaikum... dan Salam Sejahtera...

      Pertama sekali kamek ingin memperkenal dan menerangkan serba sedikit tentang PI1M Kpg Telaga Air tok. sebenarnya Pusat Internet Satu Malaysia tok ditubuhkan bagi membantu komuniti setempat dalam membangunkan ekonomi komuniti dan termasuk pekerja PI1M itu sendiri.

      Penubuhan pusat internet 1 Malaysia ini sebenarnya mempuanyai objektif tersendiri:

Objektif PI1M

  • Kemudahan akses internet secara kolektif
  • Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
  • Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
  • Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
  • Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan
 
Prinsip Pelaksanaan PI1M
  • Kerjasama dengan Kerajaan Negeri Rekabentuk dan peralatan yang seragam di semua lokasi
    • Menyediakan premis yang sesuai
    • Menanggung sewa premis jika tiada premis sendiri
  • Diurus oleh Pengurus dan Penolong Pengurus yang dilantik secara kontrak
  • Beroperasi 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari
  • Daftar sebagai Ahli PI1M
    • Pendaftaran
    • Kad Ahli