2014-12-24

CERITA KAMPUNG TELAGA AIR

Diceritakan al-kisah kampung Telaga Air..... sebuah kampung yang mula diteroka pada tahun 1979, menurut salah seorang peneroka awal "Salleh Zakaria" asalnya nama Telaga Air tersebut adalah penemuan sebuah lopak air.... dan seterusnya dijadikan telaga oleh penduduk sekitar, tetapi yang menjadi kehairanan penduduk telaga tersebut tidak pernak kering airnya walaupun dalam musim kemarau....

         telaga tersebut juga adalah salah satu sumber bekalan air bagi tujuh kampung berdekatan, iaitu kampung Mersang, Teluk Simpor, Sibu Laut, Santin, Sungai Aur, Terombol Dan Lubak. Dan dari situlah lahirnya nama TELAGA AIR tersebut sehingga sekarang.




         Kampung Telaga Air ini terletak lebih kurang 40 km dari bandaraya Kuching. Perjalanan dari bandaraya Kuching untuk ke Telaga Air akan melepasi beberapa buah kampung seperti kampung Matang, Kampung Temenggong, Kampung Temedak, dan Kampung Selang Laut.

         Kampung Telaga Air kini pesat membangun sebagai kawasan tarikan pelancong dalam dan luar Negara, oleh itu pelbagai aktiviti selalunya diadakan di tebingan Telaga Air setiap hujung minggu atau Setiap bulan. Disamping itu juga Pulau Satang adah salah satu kawasan yang sering menjadi tarikan pelancong untuk disinggahi, ianya terletak lebih kurang 30 minit perjalanan menaiki bot air.

         Di tebingan sungai Telaga Air selalunya mengadakan acara-acara seperti pertandingan karaoke, memancing, sukan air, dan pelbagai lagi. Disamping itu pelbagai hasil tangan samada makanan atau kraftangan boleh didapati di tebingan Telaga Air ketika bazaria dibuka.




 KAWASAN TEBINGAN TELAGA AIR
 
 
 
 
 
PERPUSTAKAAN DESA KAMPUNG TELAGA AIR
 
 
 
 
MEDAN SELERA
 
 
 
 
PASAR BASAH


Tiada ulasan:

Catat Ulasan