Pada 5 April 2015 yang lepas Pusat Internet 1Malaysia Kampung Telaga Air telah dilawati Dato’ Sri Dr. Halim Shafie, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Berikut antara aktiviti yang berlansung semasa lawatan;
- Memperkenalkan PI1M Kg Telaga Air
- Menerangkan kepada Dato’ Sri dan para tetamu yang hadir tentang aktiviti yang telah dilaksanakan di PI1M Kg. Telaga Air dan aktiviti yang akan dilaksanakan.
- Memberi peluang kepada Pemimpin Kampung yang turut hadir untuk lebih mengenali dan memahami fungsi Pusat Internet 1Malaysia.
Disamping itu juga kami dapat berkongsi
pendapat dan idea tentang aktiviti yang boleh dilaksanakan
di Pusat Internet 1Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan